KOMPONEN KOMPUTER

Motherboard

  • Motherboard ialah papan utama untuk dipasang kesemua komponen yang lainnya. Ia ialah papan litar yang menghubungkan kesemua komponen untuk menjadi satu komputer yang lengkap.
  • Setiap motherboard mempunyai spesifikasi bergantung kepada processor dan jumla RAM yang boleh didukung oleh motherboard itu.

Processor

  • Processor boleh diibaratkan sebagai otak manusia yang mengatur dan melaksanakan sebarang kiraan di dalam computer.
  • Setiap processor ada spesifikasi tersendiri, bergantung kepada keperluan pengguna dan prestasi yang mampu dicapai oleh processor tersebut.

RAM

  • RAM adalah singkatan dari Random Access Memory, iaitu sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk menyimpan data sementara dari suatu program yang sedang kita jalankan dan data-data tersebut boleh diakses secara spontan.
  • Sebelum membeli sebuah RAM pengguna harus tahu terlebih dahulu slot RAM apa yang dimiliki oleh motherboard tersebut, sama ada SDRAM, DDR, DDR2, atau DDR3.

Video Card

  • Juga dikenali sebagai GPU (Graphical Processing Unit pada laptop) ialah alat untuk menghasilkan output gambar apa yang telah diproses ke skrin monitor.
  • Setiap video card ada jenisnya yang tersendiri mengikut spesifikasi motherboard yang tersedia ada.

Sound Card

  • Sound card merupakan sebuah komponen yang menghasilkan output dalam bentuk bunyi dan suara keĀ  speaker computer.
  • Sound card biasanya dihasilkan secara onboard beserta dengan motherboard. Namun begitu, pengguna boleh memilih untuk menaik taraf sound card bergantung kepada system bunyi 5.1 dan 7.1.

Hard Disk Drive (HDD)

  • Hard disk merupakan peranti simpanan data di dalam komputer kita. Semakin banyak kapasiti yang boleh disimpoan maka semakin banyak data yang boleh disimpan.
  • HDD juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE,SCSI, SATA dan sebagainya.

Optical Disc Drive

  • Merupakan peranti khas untuk membaca CD, DVD dan format cakera padat yang lain.
  • Kini terdapat juga dalam format Blu-Ray.
  • Optical Disk Drive juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE, SATA dan sebagainya.

Monitor

  • Monitor ialah komponen yang berfungsi memancarkan imej yang diproses dari CPU melalui Video Card.
  • Kini terdapat dalam bentuk LCD monitor yang lebih praktikal.

Keyboard dan Mouse

  • Ini ialah komponen input utama yang menghubungkan antara pengguna dan komputernya.
  • Kini terdapat di dalam bentuk tanpa wayar (wireless) dan lebih senang diguna.

Power Supply

  • Power supply ialah komponen utama yang menghidupkan motherboard dan komponen lainnya.
  • Tanpa komponen ini komputer tidak akan dapat dihidupkan walau dengan apa cara sekalipun.
  • Terdapat dalam model pelbagai kuasa yang bersesuaian dengan spesifikasi motherboard.

.

Casing

  • Casing ialah tempat di mana kesemua komponen itu dipasang dan dilengkapkan.
  • Untuk memilih casing yang terbaik, ia mestilah tahan lasak, mempunyai system pengudaraan yang baik dan juga ringan dari yang lain.
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER

  1. Jangan menggunakan komputer dengan niat membahayakan orang lain.
  2. Dilarang mengganggu urusan atau tugasan komputer orang lain.
  3. Dilarang mencuri fail atau mengintip orang lain, termasuk memalsukan akaun bagi tujuan penerima.
  4. Dilarang mencuri sebarang perkakasan komputer termasuk CD-ROM dan sebagainya.
  5. Dilarang meyalin atau mencuri hasil kerja orang lain.
  6. Dilarang masuk ke bahagian “ADMINISTRATOR” tanpa keizinan terlebih dahulu.
  7. DIlarang mengganggu orang lain melalui laman sosial dan sebagainya.
  8. Dilarang menyebarkan risalah khabar angin melalui internet.
  9. Sekiranya diancam melalui internet, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya perlu.
  10. Dilarang menganjurkan organisasi haram dan perbuatan yang boleh mengancam agama, bangsa dan negara.
  11. Gunakan komputer dengan penjagaan yang baik serta tidak menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PERATURAN DI DALAM MAKMAL KOMPUTER SMKBS

Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.

Padamkan mana-mana suis yang perlu.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

Dilarang menconteng pada perkakasan komputer. Juga tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana peralatan komputer di dalam makmal.

Dilarang membuat bising di dalam makmal.

Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer. (Wallpaper dan sebagainya)

Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.

Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.

Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ICTL WEEK 1

PENGENALAN KEPADA SUBJEK

  1. ICTL merupakan subjek literasi komputer sebagai pendedahan asas dalam komputer dan teknologi maklumat.
  2. Subjek ini akan menerangkan mengenai segala perkakasan dan peralatan komputer yang digunakan pada hari ini.
  3. Selain daripada ituperisian juga akan diperkenalkan dan cara menggunakannya.
  4. selepas itu sesi amali akan diberi untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah diajar.
  5. Buku ini juga boleh digunakan sebgai rujukan harian jika perlu.
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen